Operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan diteruskan sehingga kesemua mangsa yang masih hilang ditemukan.<br /><br />Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, tumpuan operasi SAR ketika ini adalah di sektor A dan C, masing-masing melibatkan hill View dan Riverside.<br /><br />Sebelum ini, JBPM Selangor tidak menolak kemungkinan akan menghentikan operasi SAR selepas tujuh hari.